Monday, April 9, 2012

Kelebihan Selawat 2

Satu kali selawat dibalas 10 kali selawat oleh Allah yakni diturunkan rahmat atasnya sebanyak 10 kali ganda.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ: أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا،
ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِي الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لا تَنْبَغِي إِلا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ، حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ.

Ertinya: Dari Abdullah bin Amr al-‘As r.a mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Apabila kamu mendengar mu’azin (melaungkan azan) maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian berselawatlah
u, kerana orang yang berselawat atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan menurunkan rahmat atasnya dengannya sepuluh kali.

Kemudian mintalah kepada Allah wasilah untukku, kerana ia adalah suatu tempat di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan saya berharap agar saya menjadi hamba tersebut.
Dan barangsiapa meminta wasilah untukku, maka syafaat halal untuknya.
[HR Muslim]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.

No comments:

Post a Comment