Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan

BUAT DUIT DENGAN PENULISAN – INI RESEPI KEKAYAAN
Pembaca semakin bijak membuat keputusan.
Dari
membaca blog orang lain, sekarang mereka teruja untuk menulis. Masalah
yang berlaku sekarang adalah menulis tanpa hala tuju. Bagi yang selesa
berbuat demikian, teruskan.
Bagi yang berminat untuk mencari alternatif untuk buat duit dengan penulisan, berikan perhatian.
Kerana
cara buat duit dengan penulisan adalah mudah. Lebih-lebih lagi apabila
wujudnya medium teknologi seperti Internet. Pada zaman kegemilangan
Alleycats, antara cara buat duit dengan penulisan adalah:
- Menulis buku.
- Menulis artikel di majalah.
- Menulis skrip drama.
Di mana
tidak semua berkemampuan dan mempunyai pendedahan terhadap cara buat
duit dengan menulis seperti yang disebutkan di atas.
Berbeza apabila wujudnya Internet. Sumber pendapatan dari penulisan kini terbuka luas.
Cara Mudah Buat Duit Dengan Penulisan
Tulis e-book.
Abang Ensem (dot) com sendiri menggunakan cara ini untuk mencipta satu lagi sumber pendapatan dari penulisan. Mulakan dengan apa yang kita minat.
Untuk mengenal pasti sama ada e-book itu boleh dijual atau sebaliknya, pastikan e-book itu dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
Sebagai
contoh, Abang Ensem berpengalaman dan minat dalam bidang pelaburan
hartanah. Ramai orang mencari maklumat untuk pelaburan hartanah, supaya
mereka tidak tersilap langkah dan rugi besar.
Di sini jelas orang ramai memerlukan maklumat ini. Maka Abang Ensem bertindak untuk menerbitkan e-book berkaitan dengan pelaburan hartanah.
Saya Tidak Ada Idea Menulis E-book
Ini adalah mitos dan kegagalan yang dicipta sendiri.
Jika
dilihat dari kajian kes e-book Abang Ensem. Beliau mempraktikkan
strategi blook. Yakni mengumpulkan artikel-artikel di blog beliau
mengenai pelaburan hartanah, kemudian dipakejkan menjadi sebuah e-book.
Selesai masalah. Duit pun dapat.
Justeru
itu, khususnya bagi para pembaca yang mempunyai blog, gunakan teknik
blook ini sebagai strategi pertama untuk kita buat duit dengan
penulisan.
Pakejkan
artikel kita supaya para pembaca mudah untuk membaca artikel yang
khusus, tanpa perlu membazir masa melakukan carian artikel di ruangan
arkib blog.
No comments:
Post a Comment