Tuesday, June 26, 2012

Senaman Silat Jiwa Sihat

Ular biar mati, tanah jangan kelok, buluh jangan pukah. Begitulah antara mutiara kata orang dahulu kala yang disemat dalam buku ini. Begitu indah seperti menatap sekuntum orkid liar di hutan dara.

Bangsa yang bertamadun mempunyai budaya pahlawannya yang tersendiri. Bangsa Jepun ada budaya beladiri mereka sendiri yang kita kenali sebagai Samurai. China dengan Wushunya. Melayu pula Silatnya. Semua ini adalah lambang jati diri sesuatu bangsa, kalau bangsa itu sendiri tidak menghargai budaya mereka sendiri siapa lagi mahu menghargainya?



Ini tidak kita sibuk dengan salah-menyalah, itu bidaah, mu masuk neraka! Adakah begini cara kita menghargai jati diri bangsa? Jangan dicatuk dengan yang tajam, cincanglah dengan yang majal.

Buku ini adalah gerak senaman daripada Silat Penjurit Kepetangan Melayu yang dikenali dengan nama khasnya Setua Senaman Melayu. Setiap gerak senaman dijelaskan melalui gambar. Melihat mereka bersenam hati saya berkata, “Lembutnya tulang”. Yang mengamalkan senaman ini confirm perut tak buncit.

Selain itu Silat Penjurit Kepetangan Melayu ada menganjurkan Setua Senaman Melayu. Dalam buku ini ada dilampirkan modul senaman mereka.



Ø Daftar Isi

Pembuka Bicara

Asangin - Sesila Nafas
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Asangin
Gerak Tengah Asangin
Gerak Akhir Asangin

Serat Sendi - Senaman 7 Hilir
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Serat Sendi
Gerak Tengah Serat Sendi
Gerak Akhir Serat Sendi

Sembunga - Bunga Rasmi
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Sembunga
Gerak Tengah Sembunga
Gerak Akhir Sembunga

Kiangin - Jurus Rasmi
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Kiangin
Gerak Tengah Kiangin
Gerak Akhir Kiangin

Serat Saraf - Senaman 7 Tengah
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Serat Saraf
Gerak Tengah Serat Saraf
Gerak Akhir Serat Saraf



Nasangin - Sendiri Nafas
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Nasangin
Gerak Tengah Nasangin
Gerak Akhir Nasangin

Randai Piring - Seni Bunga
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Randai Piring
Gerak Tengah Randai Piring
Gerak Akhir Randai Piring

Penutup Bicara

Buku ini ditutupi dengan mutiara indah;
Apabila fajar mula menyinsing,
ruh tersenyum bersama diri,
hamba memohon budi seberkas,
tegurlah hamba dengan berseni.

C Tajuk: Senaman Silat Jiwa Sihat
Penulis: Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin & Prof Madya Nor Anita Megat Mohd Nordin
Penerbit: Ameen Books
Tahun: 2005

http://www.antalhaq.com/2012/06/senaman-silat-jiwa-sihat.html

No comments:

Post a Comment