Friday, June 15, 2012

Ibu segala doa

Posted by pakcikli00 di 13 Jun 2012
Surah Al-Fatihah Ibu Segala Doa, Penawar Segala Masalah
Dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul di Dalam Al-quran oleh Ustaz Hj. Zahazan Mohamed.
Sural Al-Fatihah juga dipanggil ummul kitab yang menghimpunkan pujian kepada Allah, kaedah beribadat kepadaNya dan memohon hidayahNya, kisah hamba hamba terdahulu, gambaran kedudukan hamba hambaNya yang bahagia, derita dan sebagainya.
Al-Qurtubi menyenaraikan 12 nama bagi surah ini antaranya al-Syufa’ (penyembuh), al-Wafiah (yang menyempurnakan), al-Kafiah (yang mencukupkan) al-Asas (asas), al-Hamd (pujian) dan lain lain.
Sahih riwayat al-Bukhari, dari Thabit mengatakan bahawa surah ini mampu menjadi penawar segala bisa sengatan. Seorang sahabat telah menjampi dengan membacakan surah ini dengan mengumpulkan sikit ludahan yang ditiup surah ini dan disapu ke bahagian badan yang sakit.
Disebut dalam Fath al-Bari bahawa semua jenis penyakit boleh disembuhkan dengan membaca surah ini.

No comments:

Post a Comment