Friday, May 4, 2012

5 Tips Makanan Awet Muda




Penjagaan makanan adalah merupakan tips utama untuk seseorang kelihatan awet muda. Ia perlu dimulakan sejak dari usia yang muda lagi. Berkemungkinan ramai yang menganggap bahawa penjagaan hanya perlu dilakukan apabila usia sudah meningkat, tetapi ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. 
Disini disenaraikan, 5 tips makanan awet muda yang mungkin dapat membantu anda.
 

Vitamin A- Ianya membantu untuk meningkatkan produksi kolagen, yang berfungsi untuk melicinkan kesan calar pada kulit. Salah satu punca utama seseorang kelihatan lebih tua adalah disebabkan kesan calar yang banyak. 
Ia perlu diberi perhatian yang sepenuhnya. Berkemungkinan sekiranya anda masih muda ia tidak memberi terlalu banyak kesan, tetapi apabila usia anda sudah meningkat sedikit, anda akan kelihatan lebih tua dari yang sepatutnya. Antara contoh makanan yang mengandungi vitamin A adalah seperti telur, susu, kentang, lobak merah dan sebagainya. Bagi remaja pula, ia dapat membantu terhadap rawatan bagi masalah jerawat.

Vitamin C- Vitamin ini pula membantu untuk merangsang kalogen untuk menghasilkan sel kulit baru. Secara tidak langsung apabila sel baru terbentuk, ia akan menutup garisan halus pada kulit dengan sendiriya. Pakar juga menasihatkan supaya vitamin ini diambil pada waktu malam untuk mendapat kesan yang lebih baik. Antara contoh makanan yang mengandungi vitamin C adalah tomato, kubis, oren, anggur dan sebagainya.
Vitamin E- Ianya pula membantu untuk menghalang kesan kanser yang disebabkan oleh sinaran UV, dan melambatkan proses kedutan pada kulit. Selain daripada itu, vitamin E juga membantu untuk meningkatkan keberkesanan pelindung daripada sinaran matahari, mengelakkan alahan seperti kemerahan atau bengkak apabila terkena sinarannya. Contoh makanan yang mengandungi vitamin E adalah seperti sayuran hijau, kacang, gandum dan sebagainya.
Alpha hydroxy acid (AHA)- Berfungsi sebagai pengelupasan kulit, ia juga disenaraikan sebagai asid Glycolic. Dengan menyingkirkan lapisan atas kulit mati, ia akan memberikan anda penampilan yang lebih muda.  Antara contoh makanan yang mengandungi asid ini adalah betik, oren, mangga, dan sebagainya.
Vitamin B13 (niacin)- Ia membantu melindungi kulit daripada toksin dan mengurangkan kesan belak pada kulit. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu sebagai pelindung kesan sampingan daripada vitamin A sekiranya tubuh anda alah padanya. Contoh makanan yang mengandungi vitamin ini adalah ikan, daging, kacang tanah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment