Tuesday, May 22, 2012

Wirid Pertahanan Diri Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (1)


Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (الشيخ عبد الصمد الفلباني) adalah salah seorang contoh ulama yang keluar berperang jihad. Bukan melalui pena sahaja tapi kata-katanya dibuktikan dengan tingkah laku. Beliau sama-sama mengangkat senjata, pedang sabil bersama para pendekar melayu. Jadi selayaknya beliau juga dipanggil pendekar, sekaligus ulama sufi. Jasadnya tidak dapat ditemui selepas perang dengan askar Siam. Ada yang kata sudah ditawan dan dibawa ke Siam dan ada kata sudah syahid. WaLlahua’lam.

Beliau pernah menulis sebuah kitab bernama “Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang SabiliLlah” (ملحق في بيان الفوائد النافعة في الجهاد في سبيل الله). Kitab ini terbahagi 4 bab iaitu:
1. Faedah Yang Pertama pada menyatakan ayat Quran yang jadi azimat yang manfaat di dalam perang sabilillah dan peliharaan yang menegahkan daripada kejahatan orang kafir.
2. Faedah Yang Kedua pada menyatakan doa yang manfaat di dalam perang sabilillah dan lainnya.
3. Faedah Yang Ketiga pada menyatakan doa yang membinasakan bagi segala seteru dan bagi sejahtera daripada kejahatan seteru.
4. Faedah Yang Keempat pada menyatakan doa membinasakan seteru dan segala kafir dan bagi sejahtera daripada kejahatan mereka itu.
Telah berkata Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dari Wali Allah yang Quthub pada zaman ini (pada zaman beliau), lagi menolong bagi orang yang dapat kesusahan, iaitu Saiyidi Syeikh Muhammad as-Samman:
من دام على قراءة: لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩) دبر كل صلاة عشر مرات لا يقدر أحد يعاديه ويطول عمره.
Ertinya: Barangsiapa mengekalkan atas membaca Laqod Jā‘akum hingga akhir ayat, dibelakang tiap-tiap sembahyang lima waktu, 10X. Nescaya tiada kuasa seseorang menyeteru akan dia dan jadi lanjut umurnya.
Sumber:
Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah. Kertas Kerja Peranan Ulama Dalam Silat: Kepentingan Dan Keselariannya Suatu Persamaan Dari Aspek Budaya Dan Agama. 2003.

No comments:

Post a Comment