Friday, May 11, 2012



Inilah ayat yang wiridkan untuk amalan Ilmu Saipi Angin. Saya pasti disana masih ada pelbagai versi wiridan untuk ilmu ini.

وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُدَ مِنَّا فَضْلا يَا جِبَالُ أَوِّبِي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ (١٠) سورة سباء
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;

Khasiatnya adalah untuk berjalan secepat angin. Tentu tergambar di fikiran kita berjalan seperti superhero secepat kilat, sebenarnya ianya hanyalah kiasan nak menggambarkan perjalanan ditempuh tidak lama seperti orang biasa. Ya boleh jadi secepat kilat namun paling kurang perjalanan dilalui lancar dan cepat sampai dengan selamatnya.

No comments:

Post a Comment