Thursday, May 31, 2012

Wirid Pertahanan Diri Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani

Monday, May 28, 2012

Wirid Pertahanan Diri Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (AKHIR)


makam+syeikh
Gambar dipetik dari dangerofpatani.blogspot.com


Selain itu berikut ialah wirid Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yang juga menjadi amalan Mat Kilau, pahlawan Melayu yang terkenal itu tapi sayang matinya ditinggal-tinggalkan oleh pembesar negara.
Disebut dalam kitab Mat Kilau pada halam 23 dengan tajuk ‘Doa Faqir’. “Siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang atau panah atau segala rupa kejahatan dari seteru. Tiada ia akan mati selama ia membaca doa ini. Dan apabila ditakdirkan ia hendak meninggal dunia ia tidak akan dapat lagi membaca doa ini. Inilah bacaannya ...” Lalu dimulai ayat Laqod ja akum.

بسم الله الرحمن الرحيم، وصلى الله على سيدنا محمد ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تَسْلِيْمًا دَائِمًا،
حَرَسْتُ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمَالِي وَمَنْ حَضَرَنِي أَوْ غَابَ عَنِّي بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ الَّذِي لاَ يَمُوْتُ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي فِي حِفْظِ ذَلِكَ لِلْحَيِّ الْقَيُّوْمِ الَّذِي لاَ يَمُوْتُ، وَأَصْبَحْتُ وَأَمْسَيْتُ فِي جِوَارِ اللهِ الَّذِي لاَ يُرَامُ وَلاَ يُضَامُ وَلاَ يُسْتَبَاحُ وَفِي ذِمَّتِهِ وَضَمَانِهِ الَّذِي لاَ يَخْفِرُ ضَمَانَ عَبْدِهِ.
Ertinya: BismilLlah ..., Selawat ... Sentiasa aku peliharakan diriku, keluargaku, hartaku, orang yang hadir akan daku, orang ghaib daripadaku dengan Tuhan yang hidup tiada mati. Dan aku sandarkan akan belakangku didalam peliharaan yang demikian itu bagi Tuhan yang hidup yang berdiri dengan sendiriNya. Dan adalah aku pada pagi-pagi dan pada petang-petang didalam peliharaan Tuhan yang tiada putus peliharaanNya dan tiada diharuskan akan putusnya itu. Dan adalah aku didalam tanggungan Allah dan didalam akuanNya yang tiada membatalkan Ia akan akuanNya bagi hambaNya.
وَاسْتَمْسَكْتُ بِعُرْوَةِ اللهِ الْوُثْقَى، رَبِّي كُلِّ شَيْءٍ، وَرَبَّ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيْلاً، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَاعْتَصَمْتُ بِاللهِ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَى اللهِ، نِعْمَ الْقَادِرُ اللهِ، فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ertinya: Dan aku berpegang dengan perpegangan Allah Taala yang amat teguh iaitu Tuhanku dan Tuhan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Tiada Tuhan yang mempunyai sembah dengan sebenarnya hanya Allah. Maka jadikan olehmu akan dia tempat berpegang dan tempah berserah. Dan aku berpegang atas Allah Taala dan aku meminta peliharakan dengan Allah Taala. Dan aku serahkan pekerjaanku sekalian kepada Allah Taala. Sebaik-baik yang kuasa itu iaitu Allah Taala. Sebaik-baik yang memeliharakan segala hambaNya dan iaitu yang terlebih kasih sayang daripada segala orang kasih sayang.
وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَاءَ نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَدَوَامَ مُلْكِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.
Ertinya: Dan rahmat Allah atas penghulu kita Nabi Muhammad dan atas keluarganya sebilang makhlukNya dan sebilang redha diriNya dan sebilang timbangan Arasy dan sebilang suratan dakwat kasih Allah Taala itu.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Dikatakan juga wirid yang diamalkan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ada persamaan dengan wirid dalam Silat al-Mu’azat. Iaitu gerak silat yang datang sendirinya dan dikembangkan oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad di Johor sekitar tahun 1970an. Al-Fatihah untuk Syeikh Abdul Samad Palembang, Mat Kilau serta seluruh pejuang negara. Terimalah amalan mereka Ya Allah!
Sumber:
Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah. Kertas Kerja Peranan Ulama Dalam Silat: Kepentingan Dan Keselariannya Suatu Persamaan Dari Aspek Budaya Dan Agama. 2003.

2 comments:

Husni Suhaida said...
AMALAN-AMALAN INI PADA SIAPA YANG BOLEH MINTAK DI IJAZAHKAN
antalhaq said...
Yang pastinya bukan dari saya:))

Post a Comment


No comments:

Post a Comment