Friday, May 11, 2012

Mandi & Kaedahnya

Wednesday, May 9, 2012 By: الفقير إلى الله وان عصرول

Mandi & Kaedahnya

 Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

Maha Suci ALLAH, ZAT Berkuasa lagi Maha Menguasai bagi segala yang dikuasakan dan yang dilemahkan. DIA, ALLAH, tiada yang mustahil bagiNYA menjadikan sesuatu dengan kehendak dan upayaNYA, mustahil baginya bersamaan dengan sesuatu, adalah DIA ALLAH, tiada bersamaan dengan segala sesuatu, Maha Suci ZATNYA dari awal hingga akhir, bagi zahir dan bathin.
سبحان الله والحمدلله ولااله الا الله والله اكبر

Dari kegelapan ke arah kecahayaan, dari jahil kepada ilmu, dari tidak kenal kepada kenal. Dia, Sayyiduna Muhammad S.A.W, pembawa risalah yang penghujung bagi segala pembawa risalah, membawa manusia kepada yang Haq, menarik manusia dari yang bathil.

الصَّلاة والسلام عليك يا سيدى يا رسول الله , خذبيدى قلت حيلتى ادركنى

Para pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

Semoga keberadaan kalian dalam rahmat dan redha ALLAH.

Adapun ingin si faqir berkongsi serba sedikit secara ringkas kaedah mandian dalam ikhtiar merawat masalah jasmani dan rohani.

Seperti yang kita harus maklum bahawa air mandian yang paling elok dalam ikhtiar rawatan adalah air telaga, telaga yang mulia di dunia, telaga zam-zam, di akhirat telaga Al Kautsar.

Adanya dua jenis mandian utama, iaitu pertamanya mandian air sejuk. Kedua, mandian air panas (suam).

 Jika tiada air telaga, maka digantikan dengan air sejuk, iaitu air sulung atau air anak embun, iaitu air yang diembunkan pada waktu malam dan diambil sebelum subuh. Sebaiknya sebelum diembunkan, diletakkan 5 cubit garam bukit bagi mengelakkan bakteria atau kuman atau virus daripada sebati dengan air dengan erti kata lain meneutral kandungan yang tidak diperlukan bersama air. Jika tidak mampu sediakan air tersebut, maka digantikan dengan ais.

Kaedah mandian terbahagi kepada dua, iaitu, Air Nuruniyyah dan Air Zulmatiyyah. Bagi mereka yang menghadapi masalah Kerohanian, adalah digunakan kaedah mandian Nuruniyyah. Bagi yang menghadapi masalah Kejasmanian, adalah digunakan kaedah mandian Zulmatiyyah.

Waktu juga memainkan peranan penting dalam kaedah mandian, andainya hal ini tidak dititik beratkan, makanya ikhtiar serba sedikit tidak memberi kesan (dengan izin ALLAH) atau mungkin akan menjadi lebih teruk (dengan izin ALLAH). Waktu yang terbaik untuk mandian air sejuk adalah dari jam Qiamulail sehingga ke sebelum jatuhnya fajar. Perkiraan mandian dan waktu adalah mengikut kepada jenis sakit atau serangan yang dialami pesakit, kerana hal ini mengambilkira faktor pathofisiologi dan suhu organ pesakit.

........ Ada lagi, tungguuuu.......

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

No comments:

Post a Comment