Friday, May 4, 2012

Doa Malaikat Di Awal Pagi


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلا مَلَكَانِ يَنْزِلانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا.
Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
Tidak ada suatu hari pun (setiap hari) ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa: Ya Allah gantikan harta orang yang bersedekah.
Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah binasakan orang yang bakhil.
[HR Bukhari dan Muslim]

Berdasar Hadits diatas mari kita kejar doa para malaikat. Kita kejar doa yang baik iaitu agar Allah memberikan rezeki kepada kita dengan sebab kita banyak bersedekah. Jikalau kedekut nak derma maka para malaikat akan berdoa, “Ini orang bakhil tak payahlah ya Allah tambah hartanya, rezekinya, kehidupannya, biar jadi sempit, biar dia terkejar-kejar mencari dunia.”
Paling mudah, kalau pergi Solat Subuh berjemaah, lepas solat masukkan duit RM1 dalam tabung masjid. Atau online pagi hari, dermakan kepada yayasan atau tabung derma yang ada dalam iklan internet.
Nak buat amal baik bukannya payah, atas orang berkehendak atau tidak jer. Tapi nak sampai Allah Taala beli jiwa kita dengan syurga bukan senang weh! Kena uji dulu, lulus baru pas masuk. Bersegeralah membuat kebaikan!

No comments:

Post a Comment