10 Cara Efektif Mendapatkan Modal Untuk Bisnes Anda
Modal.
Orang jawa kata capital.
Modal antara benda yang orang fikirkan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Kata orang, kalau tak ada modal, macam mana nak berniaga. Modal sebenarnya bukanlah faktor utama penentu kejayaan sesuatu bisnes tersebut. Modal yang besar belum tentu untungnya juga besar.
Berikut 10 cara mendapatkan modal bisnes anda:
10 Cara Kumpul Modal
1. Pinjam bank
Benda yang paling ramai orang fikirkan. Kalau anda hendak buat pinjaman atas nama syarikat, pastikan anda mempunyai current account dan mempunyai transaksi yang baik sekurang-kurannya untuk tempoh 6 bulan. Bank susah beri pinjaman bagi perniagaan yang baru ditubuhkan. Bagi tujuan untuk memperbesarkan perniagaan, pinjaman adalah lebih mudah kerana perniagaan kita sudah ada track-record nya tersendiri.
2. Simpanan
Simpan sebahagian duit gaji kita setiap bulan untuk tujuan membuka perniagaan atau pelaburan. Paling kurang 10% daripada gaji. Lebih banyak lebih bagus.
3. Main Kutu
Sudah sinonim dengan masyarakat kita. Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan saling bantu membantu. Untungnya main kutu ini kalau giliran kita antara yang awal, cepat kita dapat modal. Tapi kalau giliran kita yang terakhir, sama sahaja kita menyimpan sendiri. Ho ho ho.
4. Partnership
Cari rakan, adik-beradik atau saudara-mara yang ada modal untuk bekerjasama dengan kita. Joint venture. Pastikan semuanya jelas dari awal dari segi pembahagian untung, pembahagian tugas, jawatan, dan sebagainya untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yang paling penting adalah semua yang terlibat mempunyai matlamat yang sama.
5. Cari pelabur
Juga boleh dipanggil sebagai venture capitalist atau angel investor. Mereka ini tidak terlibat di dalam operasi syarikat dan hanya bertindak sebagai pelabur. Mereka akan memegang sebahagian kepentingan di dalam syarikat. Ada yang akan memegang saham dalam syarikat tersebut untuk suatu tempoh yang lama dan ada yang hanya pegang sehingga syarikat tersebut disenaraikan sebagai syarikat awam di pasaran saham. Mereka untung selepas unit saham yang dipegang oleh mereka dijual di pasaran saham.
6. Initial Public Offering
Senaraikan syarikat anda di Bursa Malaysia sekiranya anda tidak memilih untuk membuat pinjaman bank. Kaedah ini hanya sesuai untuk syarikat yang sudah lama berniaga dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.
7. Tawarkan Servis
Buat bisnes jenis perkhidmatan atau servis yang tidak memerlukan modal yang besar. Oleh kerana margin untung servis besar, maka modal yang kita perlukan dapat dikumpul dengan lebih cepat.
8. Jadi Ejen
Anda boleh jadi ejen insurans, ejen produk fizikal, affiliate dan sebagainya. Jadi ejen sebegini kos sangat rendah. Hanya perlu promote sahaja dan sekiranya ada jualan, anda akan dapat komisyen. Modal yang perlu pun mungkin dari segi modal untuk pengiklanan sahaja. Anda juga boleh sertai syarikat direct selling atau MLM. Syarikat MLM yang bagus kebiasaannya mempunyai produk yang kita gunakan setiap hari. Jual produk tersebut dan simpan keuntungan yang diperolehi di dalam satu tabung. Cukup modal yang diperlukan anda boleh mulakan bisnes yang anda sendiri atau kembangkan bisnes yang sedia ada dengan merekrutdownline atau ejen lain pula di bawah anda.
9. Buat Bisnes Dropship
Bisnes dropship. Tidak ada modal yang besar diperlukan untuk bermula. Anda boleh jual di pasaran online mahupun offline. Pilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Hanya promosikan sahaja dan selebihnya syarikat dropshipper akan uruskan.
10. Kerja Part-Time
Antara pilihan yang mudah untuk dilaksanakan. Cari kerja part-time yang bayar mengikut jam. Boleh buat selepas waktu bekerja di pejabat atau pada hujung minggu. Contohnya anda bekerja di kedai makan Pak Ali yang bayar Rm5 sejam. Sehari anda kerja bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Sehari anda dapat RM20, sebulan dapat RM600, setahun dapat RM7,200. Selepas setahun dah boleh fikirkan untuk mulakan perniagaan sendiri. Tapi jangan guna pula duit tu. Kalau guna, selepas setahun pun masih tak dapat kumpul modal yang diperlukan. Kerja untuk suatu tempoh tertentu sahaja.
Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk mengumpul modal ini. Pilihlah cara yang sesuai dengan anda. Membuat pinjaman dengan bank atau menggunakan kredit kad adalah pilihan yang terakhir sekiranya anda baru hendak mulakan perniagaan. Elakkan berhutang sekiranya perniagaan anda masih baru beroperasi.
Mulakan dengan apa yang ada di tangan.
No comments:
Post a Comment