Apa Itu Liquidity Dalam Pasaran Saham?
Dalam pelaburan, game plan adalah berbeza dengan bisnes yang biasa.
Dalam bisnes, semakin ramai orang yang buka perniagaan yang sama dengan perniagaan kita, persaingan akan wujud dan secara spontannya kita akan menjadi tidak selesa. Ada yang berasa takut dan bimbang yang jualan mereka akan merudum dek ada kedai lain yang baru buka di sebelah. Itu normal dalam perniagaan. Persaingan akan tetap ada.
Tetapi berbeza dengan pelaburan dalam pasaran modal. Semakin ramai pelabur baru yang masuk dalam pasaran, semakin meriah dan semakin ‘liquid‘ pasaran tersebut. Para pelabur lain tidak sedikit pun berasa bimbang dengan bertambahnya bilangan pelabur di pasaran. Malah, mereka mengalu-alukan lebih ramai pelabur masuk dalam pasaran tersebut.
Apa itu liquidity?
Liquidity bermaksud kecairan atau dalam bahasa mudahnya aset yang kita ada iaitu saham ditukarkan (dicairkan) kepada bentuk tunai. Apabila kita menyebut liquidity yang tinggi bermaksud aset yang kita mudah dijual beli. Liquidity yang rendah bermaksud aset yang kita ada susah dan sukar untuk berlakunya jual beli.
Contoh :
Harun Aziz mempunyai 10 lot saham syarikat ABCD dengan harga RM1 seunit. Setelah 3 bulan, harga naik menjadi RM1.50 seunit dan beliau ingin menjual kesemua pegangan tersebut. Harun Aziz meletakkan RM1.50 sebagai harga jualan. Disebabkan pasaran mempunyai liquidity yang rendah, tidak ada “price-matching” diantara buyer dan seller. Tidak ada yang ingin membeli saham tersebut dengan harga tersebut. Current offer dari buyer cuma RM1.30. Setelah menunggu 2 minggu, masih tidak ada buyer yang sanggup membeli dengan harga RM1.50. Disebabkan Harun Aziz sudah menunggu lama dan kebetulan beliau memerlukan cash segera, beliau akhirnya bersetuju untuk menjual saham tersebut dengan harga RM1.30 sahaja.
Di dalam situasi di atas, pasaran yang tidak liquid menyebabkan kita sukar untuk menjual saham pada harga yang kita mahu. Ini disebabkan tidak ramai pelabur dalam pasaran tersebut. Sekiranya ada seorang buyer dan seorang seller, memang susah nak capai kata persetujuan (price-matching). Tetapi kalau ada seorang seller dan 50 orang buyer, kebarangkalian untuk kita jual pada harga kita nak adalah lebih tinggi.
Jadi jika kita lihat ramai yang terlibat dalam pasaran saham sekarang, maka ia adalah sesuatu yang baik.
No comments:
Post a Comment