Monday, February 18, 2013

Projek Ebook Terkini – 7 Hari Siapkan Ebook Read more: http://aqifazizan.com/projek-ebook-terkini-7-hari-siapkan-ebook#ixzz2LDnTuQq5

Projek Ebook Terkini – 7 Hari Siapkan Ebook

Baca entri sepenuhnyaPenulis ebook ibarat artis. Mereka mempunyai dua jenis pendapatan, iaitu honorarium (wang pantas) dan royalti (aset). Wang pantas diperlukan untuk menampung perbelanjaan seharian. Manakala aset pula kita akan peroleh dalam satu tempoh masa yang panjang. Contoh aset adalah projek ebook saya yang terkini.
Majoriti penulis ebook di Malaysia gagal menjana pendapatan sepenuh masa dengan ebook, kerana mereka terlalu bergantung pada satu kuantiti ebook sahaja. Apabila ebook itu sudah tidak laku, maka mereka tidak akan menjana pendapatan lagi.

Satu Projek Kecil, Impaknya Besar

Ketika ini saya sedang mengusahakan satu projek kecil untuk blog Aqif Azizan (dot) com. Ini kerana saya sudah menyediakan perancangan, untuk menjadikan blog ini sebagai satu aset bisnes ebook.
Projek ebook ini diberi nama ‘7 Hari Siapkan Ebook’. Ia merupakan satu ebook yang ditulis, untuk membantu para pembaca menghasilkan ebook dengan cara betul, berkesan dan pantas dalam masa 7 hari, atau kurang.
Masalah utama yang akan dibendung dalam ebook ini adalah kekurangan idea dan motivasi untuk menulis. Selain itu, tuan dan puan akan mengetahui cara yang betul untuk menjenamakan diri kita sebagai penulis, dan individu autoriti dalam tempoh 1 tahun akan datang.
Apabila menjadi individu autoriti, kita akan menjadi bahan rujukan. Meskipun kita adalah penulis ebook.

7 Faedah yang Kita Akan Peroleh Menerusi Ebook Ini

Saya akan umumkan pelancaran ebook ini secara rasmi setelah ia disiapkan pada minggu ini. Tetapi saya perlu beritahu kepada tuan dan puan, tentang faedahnya memiliki ebook ini.
  1. Ebook ini khas untuk penulis ebook sahaja.
  2. Tuan dan puan akan memperoleh pelan tindakan untuk setiap hari, selama 7 hari berturut-turut.
  3. Modul ebook ini bermula dengan memilih niche, tajuk, mencipta matlamat dan meletakkan fokus, merancang bab, kaedah menulis pantas, cara mengekalkan motivasi, dan skrip rahsia.
  4. Harga ebook ini jauh lebih murah daripada ebook ‘janji manis’ yang lain.
  5. Ditulis dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT), agar semua kaum dapat memahami dengan mudah.
  6. Matlamatnya adalah untuk membantu para pembaca blog ini untuk menghasilkan ebook yang pertama, dengan langkah-langkah yang betul lagi berkesan.
  7. Ia ditulis oleh Aqif Azizan sendiri, khas untuk pembaca blognya.

Ini Bukan Ebook Buat Duit Semata-mata, Ia Memandaikan Bangsa

Tidak ada paksaan untuk kalian membeli ebook ini atau sebaliknya. Kandungan dalam ebook ini bukan sahaja mengajar kita untuk buat duit dengan ebook. Ia juga boleh dijadikan sebagai medium untuk kita memandaikan bangsa.
Apabila kita memandaikan bangsa, kita menambahkan saham-saham akhirat. Bukankah itu lebih baik berbanding menulis perkara-perkara yang membawa kita ke lembah neraka?
Ebook ini dilancarkan tidak lama lagi. Anggaplah ini sebagai pre-launch.


Read more: http://aqifazizan.com/projek-ebook-terkini-7-hari-siapkan-ebook#ixzz2LDnb4Vge

No comments:

Post a Comment