Bagaimana Nak Cari Laporan Tahunan Syarikat ? – Siri Pengenalan Saham Part III
“Other guys read playboy. I read annual reports.” – Warren Buffet.
Laporan tahunan syarikat (annual report) adalah dokumen penting untuk para pelabur hensem. Kenapa? Kita dapat memilih syarikat yang berkualiti.
Dalamnya ada maklumat berkaitan operasi syarikat dan prestasi perniagaan. Bermula dari pengenalan tentang syarikat, siapa pemegang saham, pihak pengurusan syarikat, income statement, balance sheet statement, cashflow statement dan lain-lain lagi.
Annual report adalah percuma.
Kita dapat memuat turun melalui laman web rasmi syarikat tersebut dan sila ke bahagian yang menggunakan salah satu istilah seperti berikut:
- Corporate Info
- Investor Relation
- Investor Information
- Annual Report
Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun laporan tahunan melalui Bursa Malaysia.
1. Sila ke Bursa Malaysia
2. Klik pada Listed Companies > List of Listed Companies
3. Scroll down atau cari syarikat tersebut menggunakan abjad di depan.
4. Kemudian, klik pada Annual Report
5. Anda dapat lihat senarai laporan tahunan sehingga tahun terkini.
6. Klik pada tahun yang anda mahu. Report tersebut dalam bentuk PDF. Anda boleh download terus ke komputer anda dan membuat analisis syarikat.
Mudah kan.
No comments:
Post a Comment