Thursday, February 14, 2013

Apa Itu Syarikat PN17 dan GN3?

Apa Itu Syarikat PN17 & GN3?

by EDITOR on FEBRUARY 13, 2013 · 2 COMMENTS
 ”Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”
Di Bursa Malaysia terdapat ratusan syarikat berhad yang menjalankan perniagaan di dalam bidang masing-masing dan dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Namun, tak semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah syarikat yang menguntungkan walaupun pada awal penyenaraian syarikat ini di bursa, syarikat ini kelihatan baik-baik sahaja dan macam memberikan pulangan yang lumayan kepada para pelabur.
Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 dan GN3 merupakan syarikat yang bermasalah. Bermasalah dari sudut kewangannya, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk.
PN17 adalah singkatan kepada Practice Note 17/2005 yang merujuk kepada syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan atau financial distress dan syarikat tersebut tidak memenuhi syarat minimum dari segi sudut modal atau equity yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 ini perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk membetulkan semula operasi syarikat dan mengembalikan syarikat pada kedudukan asal syarikat tersebut. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat terbabit boleh mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia untuk menarik kembali status PN17 tersebut. Sekiranya syarikat berkenaan gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia boleh menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan de-listed dari Bursa Malaysia. Sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat jual, maka duit anda juga akan hilang begitu sahaja.
GN3 pula adalah singkatan kepada Guidance Note 3. Definisinya lebih kurang sama dengan PN17. Yang berbeza adalah syarikat GN3 ini adalah syarikat dari ACE Market manakala PN17 daripada Main Market.
PN17 = Main Market Listing Requirements
GN3   = Ace Market Listing Requirements
Bahasa mudahnya, syarikat PN17 adalah syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat penyenaraian ke Main Market manakala GN3 adalah syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat penyenaraian ke ACE Market.
Contoh pengumuman dari Bursa Malaysia mengenai Adventa Berhad pada 4 Februari 2013 yang berstatus PN17.
adventa berhad
Apa yang perlu buat bila dah tahu apa itu PN17 dan GN3 ini?
Tak payah beli saham syarikat tersebut.
Kalau dah beli?
Berdoa supaya syarikat tersebut pulih semula.

No comments:

Post a Comment