Refinancing : Jimat Atau Tidak?
Aku menerima satu soalan dari FB Cik Puan Ju Liana kita. Antara bunyi soalannya adalah seperti berikut :
Beliau meminta pencerahan tentang jimat atau tidak jika beliau membiayai semula rumah beliau.
Sebenarnya bagi aku penjimatan akan hanya terhasil sekiranya jumlah interest selepas pembiayaan semula lebih rendah dari pembiayaan yang sebelumnya. Ini kerana portion instalment yang dibayar oleh Puan terhadap interest akan menjadi kurang dek kerna kadar interest yang dikenakan itu tadi dan sekiranya Puan masih meneruskan jumlahinstalment seperti pembiayaan sebelumnya, maka lebihan instalment tersebut akan ‘memotong terus’ jumlah prinsipal pinjaman Puan. Ini bermakna pinjaman Puan dapat dilangsaikan dengan lebih cepat.
Mengambil contoh amaun RM200K yang Puan nyatakan di atas, jika pembiayaan pertama membawa kepada instalment bulanan sebanyak RM1.3K di mana RM800 diperuntukkan untuk pembayaran interest. Setelah pembiayaan semula Puan lakukan dengan kadar dan jumlah interest yang lebih rendah, let say RM600 (RM200 kurang dariinterest sebelumnya), tetapi Puan masih meneruskan pembayaran pada amaun yang sama iaitu RM1.3K, makanya di sini lebihan sebanyak RM200 itu tadi akan digunakan untuk memotong jumlah pokok/prinsipal pinjaman tersebut, yang seterusnya akan mempercepatkan lagi tempoh pinjaman Puan dilangsaikan.
Jimat atau tidak sekiranya kos guaman dan lain-lain diambil kira, yang itu hanya kalkulatorlah yang mampu memberikan jawapannya.
AE : Penjimatan yang lain adalah melalui lebihan yang diperolehi dari refinancing ini yang kemudiannya digunakan untuk memberanakkan lagi keuntungan yang diperolehi, yang akhirnya mampu untuk menanggung segala kos atau pertambahan yang terhasil dari pembiayaan semula ini.
No comments:
Post a Comment