Tuesday, February 19, 2013

Meningkatkan Daya Ingatan Secara Semulajadi

Meningkatkan Daya Ingatan Secara Semulajadi

POSTED ON FEBRUARY 18, 2013 · POSTED IN MEMO PLUS GOLD
Peranan Memo Plus Gold dalam Meningkatkan Keyakinan Anak AndaMereka yang sering mengalami masalah lupa, mungkin cenderung untuk berhadapan dengan situasi yang memalukan. Memo Plus Gold merupakan satu penawar semulajadi yang mujarab bagi merawat masalah lemah daya ingatan serta membangunkan keseluruhan sistem metabolisme badan.
Apabila anda melangkah ke kawasan meletak kereta tanpa menyedari kunci kereta tertinggal dan meninggalkan rumah ke lapangan terbang tanpa membawa tiket penerbangan ia merupakan satu petanda bahawa kehidupan seharian anda telah diselebungi dengan keadaan yang mendukacitakan. Hanya segelintir sahaja daripada kita yang menyedari masalah lemah daya ingatan disebabkan oleh kegagalan beberapa fungsi sel otak. Lebih mendukacitakan apabila kita membuat tanggapan masalah ini tidak perlu dibawa berbincang bersama orang yang lebih arif tentangnya.
Memo Plus Gold merupakan satu penawar semulajadi yang mujarab bagi mengatasi masalah ini. Ia merupakan estrak asli Brahmi yang dibangunkan oleh CDRI, Pusat Penyelidikan Ubat di India dan telah dipatenkan di beberapa buah negara. Estrak asli ini dijenamakan sebagai Memo Plus Gold di kawasan Asia Barat manakala di beberapa buah negara lain produk ini dikenali dengan ‘Membac’ dan ‘Keenmind’. Walaupun dipasarkan dengan pelbagai jenama, namun sifat-sifat ubat tersebut masih dikekalkan.
Memori merupakan keupayaan otak untuk menyimpan maklumat dan mengolah semula maklumat tersebut apabila ia diperlukan. Dalam dunia moden kini, kerja-kerja otak lebih mudah difahami apabila anda melihat kepada fungsi-fungsi sebuah komputer. Maklumat yang di dalam komputer akan bertindak balas dengan segera jika disimpan dengan sempurna. Sel otak akan bertindak sebagai cip memori dan apabila ada di antara sel-sel ini tidak dapat berfungsi dengan baik, individu tersebut akan mengalami kesulitan dalam mengingati semula maklumat yang telah disimpan. Otak manusia mempunyai 2 kategori daya ingatan iaitu ingatan jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Perkara yang melibatkan tumpuan, fokus dan berulang-ulang kali dikaitkan dengan ingatan jangka masa panjang manakal reaksi semerta merupakan ingatan jangka masa pendek.
Pencapaian fungsi otak yang optimum turut dipengaruhi oleh pemakanan yang seimbang. Walaubagaimanapun, gaya hidup moden yang diamalkan sering mengabaikan keperluan makanan sihat dan secara tidak langsung telah melemahkan sistem metabolisme badan. Glukos merupakan elemen terpenting dalam melancarkan fungsi otak. Namun begitu, pesakit diabetis adalah lebih cenderung untuk menghadapi masalah kerosakan sel-sel otak. Memo Plus Gold adalah penawar yang selamat untuk membina sel-sel otak. Bagi pesakit diabetis, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan sebelum mencuba produk ini.
Sejak beberapa ratus tahun dahulu lagi, dalam sistem perubatan India, kaedah perubatan ‘Ayuverda’ turut menjadikan Brahmi sebagai asas dalam meningkatkan daya ingatan. Usaha gigih Pusat Penyelidikan Ubat India mensintesiskan Brahmi telah menghasilkan satu produk yang komprehensif iaitu Memo Plus Gold yang boleh didapati kini. Selain meningkatkan daya ingatan, produk ini juga membantu pengguna untuk kekal sihat atas sifat-sifat Brahmi yang anti-oksidan. Tiada sebarang kesan sampingan ke atas penggunaan Brahmi dan ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment