Wednesday, February 27, 2013

Dari Penoreh Getah ke Pelabur Hartanah


27 FEBRUARI 2013


Saya seorang pelabur hartanah dan penulis.
Apa yang saya kongsikan di blog ini adalah dari pengalaman saya sendiri
sebahagiannya juga dari apa yang saya pelajari secara formal di universiti atau di dalam seminar-seminar.

terima kasih kepada pengajian undang-undang saya.
Ia memberi saya pengetahuan dari perspektif undang-undang atas apa yang saya lakukan ini

Mungkin rakan-rakan di Facebook sudah tahu siapa saya dahulu
saya ada kongsikan di status saya

Semasa zaman persekolahan, saya seorang penoreh getah separuh masa.
Saya bukan berasal dari keluarga senang.
Jam 6.45 pagi keluar menoreh, pulang rumah jam 1.30 atau 2 petang.
Bawa balik 2 tong besar getah cair untuk dihantar ke Pusat Mengumpul Getah, Felda.
Bila tiba 'hari gaji', ibu beri saya upah RM 5 sehari.

kredit gambar: http://kgsilou.blogspot.com

saya telah dilatih berdikari
mahu wang beli buku? menoreh dulu.
mahu wang beli majalah? menoreh dulu
mahu wang beli toiletteries? menoreh dulu
malah dua, tiga tahun sekali mahu berjalan-jalan pun kena menoreh dulu.

Bagi saya, tiada beza lelaki atau perempuan.
Kalau kedua-duanya rajin berusaha dan punya hati yang gigih dan kental, insya Allah kita boleh capai apa yang kita mahu
Hanya cepat atau lambat sahaja

Jika dari kosong, nak terus jutawan, pasti ambil masa lebih lama
berbanding mereka yang terus boleh mewarisi harta pusaka ibu bapa bernilai sejuta ringgit

Saya tak mahu jadi penoreh getah sampai tua
Saya juga tak mahu bekerja sampai tua
Saya mahu capai kebebasan kewangan.

Itu sebab saya lakukan pelaburan hartanah
sebab saya nampak itu peluang untuk saya menjadi jutawan walaupun masih bekerja
itu juga satu cara untuk saya capai kebebasan kewangan

Kredit foto: Tuan Asan Taring https://www.facebook.com/asanrivas?fref=ts


Alhamdulillah..
hari ini saya belum lagi seorang jutawan
portfolio hartanah saya pun baru 2.1 juta
tak sehebat kawan-kawan lain..

tapi saya tak kecewa kerana saya tahu saya akan jadi jutawan juga satu hari nanti
pelaburan hartanah bukan skim cepat kaya
dan saya memang bukan berasal dari golongn kaya atau sederhana
maka apa yang saya peroleh hari ini adalah satu pencapaian yang saya sangat banggakan.

Jika saya yang dahulunya penoreh getah ini pun boleh menjana wang besar melalui pelaburan hartanah, apatah lagi kawan-kawan yang mungkin dulunya seorang pesawah padi, penternak kambing, penternak lembu, pengechop kelapa sawit, pengutip telur ayam, pekerja McDonalds atau pembantu stesen minyak.

Kawan-kawan ingin tahu caranya?

Saya akan anjurkan Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah di mana saya akan kongsikan bagaimana kawan-kawan boleh jadi jauh lebih hebat dari saya!

Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Mac 2013
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Bilik Seminar Sifu Pie, no 12-1, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang.

Untuk harga early bird iaitu pembayaran pada atau sebelum 3 Mac 2013, yuran hanya RM 188 seorang atau RM 350 untuk dua orang.

Selepas 3 Mac, harga akan naik.

Jika berminat,kawan-kawan boleh membuat pembayaran ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.



Oh ya, dalam sesi ini nanti, akan ada penampilan khas Sifu Pie. 
Beliau akan berkongsi mengenai pelaburan homestay.



Selain itu, akan ada satu sesi khas bersama peguam iaitu Puan Hazlin Aslina dari Firma Hasnan Hamzah.
Beliau merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas dalam prosedur guaman pembelian rumah dalam pembinaan dan subsale.

Tempat terhad. Maksima peserta yang boleh muat cuma 30 orang sahaja.

Jadi kalau berminat, boleh buat pembayaran segera sementara harga early bird masih dibuka.
Boleh bank in ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.

Mohon maklumkan kepada saya jika kawan-kawan telah pun membuat bayaran tersebut melalui email saya rohaniahnoor@gmail.com atau no hp saya 0192648628.

semoga saya dapat kongsikan yang terbaik untuk kawan-kawan nanti.
Semoga kawan-kawn akan jadi lebih hebat dari saya.

Jumpa nanti ya!

No comments:

Post a Comment