Tuesday, February 19, 2013

Cara-Cara Buka Syarikat Sole Proprietor di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Cara-Cara Buka Syarikat Sole Proprietor di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

by EDITOR on FEBRUARY 19, 2013 · 0 COMMENTS
Untuk mereka yang serius nak buat bisnes, sila daftar perniagaan kalian secepat mungkin.
Mulakan dengan mendaftar bisnes kita secara persendirian (sole proprietor) atau perkongsian (partnership).
Mudah sahaja nak mendaftar bisnes kita ni. Langkahnya seperti berikut:
1. Pergi terus ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdekatan dengan anda. Klik siniuntuk lihat lokasi yang berdekatan. Ibu pejabat SSM adalah di Jalan Sentral 5, KL Sentral.
P1040475
Waktu beroperasi adalah :
P1040474
2. Sampai di sana, terus ke kaunter pertanyaan dan cakap yang anda hendak buka akaun syarikat baru (sole proprietorship/ partnership). Anda akan diberikan borang untuk diisi dan anda juga perlu sediakan salinan kad pengenalan. Digalakkan anda bawa siap-siap salinan tersebut supaya proses tersebut berjalan lancar. Nak pergi fotostat IC pula, memang agak leceh dengan keadaan orang yang ramai.
3. Isi borang yang telah diberikan dengan cermat. Jika anda tidak tahu mengisi, pihak SSM ada menyediakan contoh bagaimana untuk mengisi borang tersebut dengan betul. Sekejap sahaja, dalam 10-15 minit dah siap isi.
P1040477
3. Kadar bayaran adalah seperti berikut :
  • Guna nama sendiri : RM30/setahun
  • Guna nama lain : RM60/setahun
  • Perkongsian : RM60/setahun
  • Cetakan maklumat perniagaan : RM10
4. Selepas siap isi borang, sediakan duit secukupnya, maka tunggulah giliran anda untuk dipanggil. Kalau tak ramai orang, dalam sejam sahaja dah siap. Yang buat lama tu sebab ramai orang, lama menunggu. Nak cepat, sila datang awal pagi. Kalau tak, menunggulah 3-4 jam kat sana :)
IMG-20130214-00033
Tak mahal pun nak daftar untuk syarikat jenis sole proprietorship ni. Prosesnya pun mudah. Sekejap sahaja dah siap.
Mudah bukan?

Kebaikan Berdaftar Dengan SSM

1. Nampak serius buat bisnes.
2. Klien kecil lebih yakin berurusan dengan kita.
3. Klien besar seperti syarikat besar & jabatan kerajaan tahu kita tak buat bisnes main-main.
Sebabnya kita akan dilihat sebagai entiti perniagaan dan bukan lagi orang perseorangan lagi walaupun dalam syarikat itu sebenarnya kita seorang je yang uruskan. He he he.
Esok pergi buat ye, jangan tangguh-tangguh lagi :)

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Baca eB


No comments:

Post a Comment