Kaedah Memberi Salam Memetik Daun
Sunday, February 24, 2013
Untuk Tumbuh-Tumbuhan
Asalnya bebas jer nak petik daun untuk buat ubat akan tetapi ada beberapa kaedah dipertunjukkan oleh para tabib Islam. Ada bermacam-macam cara. Antaranya:
1) Daun dipetik dalam keadaan menghadap kiblat.
2) Mula-mula hendaklah membaca dua kalimah syahadah, diikuti dengan membaca:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
3) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
4) Kemudian baca al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi, Sahabat, wali-wali dan para suhada’.
5) Beri salam kepada Nabi Ilyas a.s.
السلام عليكم يَا نَبِيِّ إِلْيَاسْ
Minta izin daripadanya untuk memetik bahan tersebut bagi kegunaan rawatan. Kalau daun tadi hendak digunakan untuk seorang sahaja sebut nama orang yang berkenaan. Perlu dijelaskan bahawa Nabi Ilyas adalah penjaga segala tumbuh-tumbuhan. Kemudian baru petik daun tadi. Oleh sebab daun itu adalah untuk kegunaan rawatan, ia hendaklah dipilih daripada daun yang terbaik, tidak rosak, koyak atau berlubang dimakan ulat. Setelah itu dibaca doa daun tadi.
Untuk Tanah
Setengah perubatan ada menggunakan tanah/pasir samada untuk berubat sihir, pelaris dan bermacam-macam hajat lagi. Kaedahnya sama seperti di atas tapi kaedah salam ialah memberi salam kepada Nabi Tab a.s kerana Baginda menjaga bagi kawasan tanah.
Kesimpulan
Semua kaedah tadi boleh skip sahaja. Tapi yang utama jangan tinggalkan Salam kepada Nabi Ilyas, Nabi Tab, Selawat Nabi SAW dan Basmalah. Dan boleh juga menambah lebih panjang seperti Tasbih Nabi Yunus,Doa Nabi Ayub ataupun doa ini:
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (٨٠) سورة الشعراء
Yang penting tawakal dan jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT.
Qabiltu...jazakallshulkhoiran...
ReplyDeleteWaiza maridtu fahuwa yashfinn
ReplyDeleteQobiltu semoga bermanfaat
ReplyDelete