Monday, February 25, 2013

Apa itu Exchange Traded Fund (ETF)?

Apa itu Exchange Traded Fund (ETF)?

by EDITOR on FEBRUARY 25, 2013 · 0 COMMENTS
“ETF?”
“Apa tu? Macam cerita ET pula.”
ETF adalah singkatan kepada Exchange Traded Fund yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada tahun 2005.  Dana ETF yang pertama diperkenalkan di Malaysia adalah ABF Malaysia Bond Index Fund.
Bahasa mudahnya, ETF ini macam unit trust atau saham amanah yang didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham-saham lain. Ianya merupakan open-ended investment fund iaitu dana terbuka yang tidak ada tarikh luput.
Objektif utama ETF adalah untuk mendapatkan pulangan yang dapat menyamai atau menghampiri pulangan indeks penanda aras (benchmark market porfolio seperti KLCI). ETF ini diuruskan oleh fund manager yang akan kumpulkan duit daripada para pelabur dan gunakan duit tersebut untuk membeli dan menjual beberapa kaunter saham yang telah ditetapkan.  Maksudnya para  pelabur ETF memegang unit dana yang melabur dalam beberapa sekuriti.
Dana-dana ETF ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu equity ETF, fixed income ETF dan commodity ETF. Di dalam sesuatu dana ETF, terdapat kombinasi saham, bond atau komoditi di dalamnya. Kombinasi ini bertujuan untuk diversify aset-aset ini sekaligus mengurangkan risiko yang wujud.
Dengan melabur di dalam ETF, seperti pembelian MyETF DJIM pelabur seolah-olah membeli 25 kaunter sekaligus dengan hanya satu transaksi. Lebih murah kos yang terlibat berbanding beli 25 kaunter saham tersebut secara individu. Tidak seperti saham amanah yang lain di mana kos yang terlibat adalah jauh lebih tinggi.
Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 5 dana ETF di Malaysia dan satu dana sahaja yang patuh Shariah iaitu MyETF- Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (MyETF-DJIM25) yang juga merupakan dana ETF patuh Shariah pertama di Asia. Dana ini adalah di dalam kategori dana equity ETF. Dana ini mengandungi 25 kaunter saham syarikat patuh Shariah yang besar dan terkemuka di Malaysia. Antaranya ialah Sime Darby, IOI, Digi, KL Kepong, SP Setia, UMW Holdings, Petronas Gas dan lain-lain. Boleh lihat senarai lengkap 25 syarikat yang terlibat di sini.

Apakah kelebihan melabur dalam ETF ini?

1. Tak perlu pening kepala

Kaunter yang dipilih merupakan syarikat yang besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Business moat  mereka juga kuat dan kukuh (susah untuk orang lain tiru). Malah, dana ini diuruskan oleh mereka yang profesional.

2. Kos pengurusan yang rendah

ETF sama sahaja konsepnya dengan saham amanah yang lain. Diuruskan oleh fund manager dan dikenakan yuran pengurusan bawah dari 1%. Berbanding dengan saham amanah lain yang dijual melalui ejen-ejen, kos yang dikenakan adalah 5-7 %.

3. Mudah berjual beli

Urusan jual beli ETF ini adalah sama sahaja prosesnya dengan jual beli saham yang lain. Sekarang dah ada online platform, anda boleh terus key-in order dari komputer anda. Tak perlu nak berjumpa ejen untuk beli saham amanah ini.

4. Diversify

Boleh mengurangkan risiko berbanding beli 25 kaunter saham yang terbabit secara individu.
Untuk bacaan lanjut mengenai ETF boleh klik di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai MyETF Dow Jones Islamic, boleh klik di sini.
Strategi melabur di dalam ETF ini ada diterangkan secara detail di bengkel saham.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Baca eB


No comments:

Post a Comment