Monday, February 25, 2013

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.

22 FEBRUARI 2013

Dah lama saya tak buat ulasan buku.
Jadi hari ini saya memilih buku ini

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.



Buku ini tulisan KC Lau, seorang blogger perancangan kewangan peribadi yang hebat.
Ia merupakan versi Bahasa Melayu kepada buku Top Money Tips for Malaysians.

Keistimewaan buku ini, ia membongkar tips-tips mudah dan senang dilakukan tapi memberi impak pada pengurusan wang yang lebih baik, pengurangan cukai atau peningkatan pendapatan.

Kandungannya terdiri dari 5 Bahagian.

Bahagian 1: Tip Kewangan Bijak
Bahagian 2: Tip Menjana Wang
Bahagian 3: Tip Menjimat Wang
Bahagian 4: Tip Melindungi Wang
Bahagian 5: Tip Bonus

Dalam Bahagian 1, antara tip yang dikongsi oleh KC Lau adalah bagaimana mengira nilai bersih serta beza sikap si bodoh kewangan,  dan si bijak kewangan.

Saya paling suka formula nilai masa yang dikongsinya.
Melalui nilai masa, kita akan dapat kenalpasti berapa gaji sejam kita.
Kemudian, mudahlah kita membuat keputusan sama ada sesuatu tugas itu adakah patut kita lakukan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan orang lain supaya lebih produktif dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Beliau juga berkongsi perisian-perisaan yang boleh digunakan untuk merancng kewangan, siap dengan ulasannya sekali.

Di dalam Bahagian 2: antara tips yang dikongsi adalah bagaimana menjadikan kad kredit sebagai kawan anda.
Beliau juga berkongsi mentaliti nilai bersih berbanding mentaliti gaji yang orang biasa-biasa ada serta 38 prinsip-prinsip asas pelaburan yang lain.

Bahagian ke3 pula, beliau kongsikan, antaranya,
-bagaimana memiliki kereta pertama secara percuma
- pelepasan cukai untuk pendidikan
- bagaimana mengurangkan caj perkhidmatan pendahuluan dalam pelaburan unit amanah
- bagaimana menjimatkan faedah dalam pinjaman perumahan
- 5 perbelanjaan yang boleh dipotong dari belanjawan harian setiap individu.

Untuk yang blur atau keliru mengenai insurans, Bahagian ke 4 sangat membantu.
Ia menerangkan perbezaan polisi insurans dan jenis perlindungan yang perlu atau tidak perlu diambil oleh individu.

Bahagian ke 5: Tips bonus di mana beliau berkongsi pendapat dan kecenderungan pelaburan beberapa ahli korporat terkemuka yang boleh memberi inspirasi kepada pembaca.

Sebenarnya buku ini dihadiahkan oleh Haruki kepada saya.
Terima kasih... :)

Buku ini memang sebuah buku yang ringkas, dan boleh saya habiskan membacanya dalam tempoh satu hari sahaja.
Walaupun ada beberapa teknik advance yang saya kurang faham, tapi secara keseluruhannya ia merupakan buku yang bagus.
Saya cadangkan kawan-kawan memiliki dan membacanya.

No comments:

Post a Comment