Tip Penulisan – Bagaimana Obses Menulis Setiap Hari
“Tulis. Tulis. Tulis.”
Dialog di atas biasa digunakan oleh majoriti penulis apabila memberikan nasihat kepada bakal-bakal penulis. Dialog ini tidak salah. Apabila menjadi seorang penulis, memang tugas mereka adalah menulis selagi mana yang termampu.
Penulisan atau olahan karya menerusi bait-bait perkataan dibentuk menerusi satu perbuatan. Perbuatan itu adalah memahami.
Apabila kita memahami subjek. Baru kemudian kita mengolah mengikut citarasa dan gaya bahasa yang kita selesa serta suka. Ini yang menjadikan diri seorang penulis itu unik, pelik dan hebat.
Gerabak Pembaca
Prinsip pertama sebagai seorang penulis adalah bergerak sebagai seorang pembaca yang aktif. Selain daripada membaca, terjemahan karya penulis juga boleh diolah apabila mereka menjadi pengamal industri yang aktif.
Sebagai contoh, Firdaus (bukan nama sebenar) adalah seorang akauntan yang menguruskan akaun syarikat yang bernilai jutaan ringgit.
Sebagai pengamal industri, beliau boleh berkongsi pengalamannya menguruskan akaun syarikat, amalan aliran wang tunai syarikat supaya bank suka untuk berikan pinjaman kepada syarikat, dan pelbagai lagi.
Pembaca dahagakan kedua-dua jenis pembaca ini:
- Pengamal industri.
- Pembaca aktif.
Kedua-duanya ada pasaran tersendiri.
Bagaimana Obses Menulis
Selepas kenal pasti diri kita berada dalam golongan penulis yang mana satu, langkah seterusnya adalah mencipta semangat yang membuak-buak untuk menulis setiap hari. Dalam bahasa mudahnya, obsesi.
Penulisan ibarat roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Semangat penulisannya boleh turun dan naik. Justeru itu, penting untuk kita memaksimumkan ketika ia sedang ghairah atau naik.
Penting juga untuk kita respon dengan pantas apabila semangat kita sedang merudum. Kedua-duanya adalah situasi yang membentuk disiplin sebagai seorang penulis.
Langkah-langkah Wujudkan Obsesi
Berikut adalah pendekatan yang penulis dan bakal penulis boleh amalkan untuk mencipta obsesi:
1 Muka Surat Sehari
Minda boleh rasa bebannya apabila kita berdialog, “Aku mesti tulis 10 muka surat sehari.” Dalam dunia penulisan, bebanan seperti ini biasanya makan diri dan bunuh produktiviti.
Maka pilih untuk menulis 1 muka surat sahaja sehari. Percaya atau tidak, ketika memulakan penulisan, biasanya kuantiti muka surat lebih daripada 1. Dunia penulisan ibarat kereta yang perlu panaskan enjin sebelum ia boleh berjalan dengan lebih jauh.
1 Buku Sehari
Jangan pilih buku yang kita tidak suka. Pilih buku yang kita mahu kuasai ilmunya. 1 hari 1 buku. Semakin banyak kita membaca, semakin lebar nilai ilham yang dapat diserap ke dalam minda.
Aktif membaca buku juga melatih penggunaan bahasa yang baik apabila menulis. Pilih 1 jenis topik sahaja yang kita suka.
1 Kawan Akrab Penulis
Bau penulis itu melekat lebih kuat apabila kita sendiri mempunyai rakan-rakan penulis. Bermula dengan seorang rakan yang meminati bidang penulis. Bersahabat dengannya. Cipta keakraban.
Karya lebih banyak terhasil apabila sinerginya betul.
Bermula Dengan Ebook
Ebook “7 Hari Siapkan Ebook” adalah ebook yang ditulis untuk membantu golongan:
- Dari bakal penulis menjadi penulis tegar.
- Penulis yang berminat mahu tahu cara penulisan ebook yang pantas dan sedap dijamah pembaca.
- Penulis yang mahu buat duit lumayan dengan ebook.
Beli di sini >> 7 Hari Siapkan Ebook (KLIK SEKARANG).
Read more: http://aqifazizan.com/tip-penulisan-bagaimana-obses-menulis-setiap-hari#ixzz2LDmw44H8
No comments:
Post a Comment