Monday, February 18, 2013

SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

leaderboard2 denaihati Banner

Bersepah sudah maklumat-maklumat tentang cara buat duit dengan menulis. Namun tidak semua maklumat itu boleh dihadam serta merta oleh pembaca. Khususnya apabila maklumat itu bukan ditulis berdasarkan pengalaman tuan empunya badan.
Terdapat 3 teknik mudah yang memang sudah disahkan jadi, untuk kita menjana pendapatan dengan penulisan. 3 teknik itu adalah:
  1. Aku bayar, engkau cerita.
  2. Aku bayar, engkau tolong tulis di tempat aku.
  3. Aku bayar, engkau bagi aku ruang.
Teknik 1 – Aku Bayar, Engkau Cerita
Pemilik-pemilik bisnes sentiasa mencari peluang untuk menghebahkan bisnes mereka kepada khalayak ramai. Antara alternatif yang ada adalah ruangan maya milik golongan manusia yang digelar sebagai blogger.
Biasanya blogger menerima bayaran dalam amaun tertentu untuk menceritakan produk atau perkhidmatan di blog mereka. Dalam bahasa Inggeris, pendekatan ini lebih sinonim dengan sebutan review.
Kita tulis ulasan berdasarkan pendapat peribadi atau skrip yang sudah disediakan, kemudian pemilik bisnes akan lakukan bayaran.
POTENSI: Mampu cecah RM10 hingga RM10,000 untuk satu jenis ulasan produk atau perkhidmatan.
Teknik 2 – Aku Bayar, Engkau Tolong Tulis Di Tempat Aku
Cara ini agak mudah. Kerana kita dibayar berdasarkan skil penulisan sedia ada. Terdapat beberapa golongan yang suka bayar penulis lain, untuk menulis di blog mereka. Antaranya adalah:
  • Pemilik blog yang sibuk.
  • Pemilik blog yang mahu mencari lebih ramai kolumnis.
  • Pemilik blog yang juga pemilik bisnes. Tetapi tidak punya ruang dan peluang untuk letakkan komitmen.
Untuk olahan lebih lanjut (langkah demi langkah untuk bermula), sumber rujukan dalam Bahasa Melayu adalah buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging.
POTENSI: RM7 hingga RM500 untuk satu artikel blog. Ia bergantung pada portfolio dan jenama si penulis. Semakin besar nama si penulis, semakin besar wang yang bakal diterima.
Teknik 3 – Aku Bayar, Engkau Bagi Aku Ruang
Iklan. Iklan. Iklan.
Ini adalah teknik popular sedut duit dari blog. Namun teknik ini agak kompetitif. Terlalu banyak blog yang tawarkan ruang iklan. Terdapat dua cara untuk buat duit dengan iklan:
  1. Guna pihak ketiga.
  2. Ikat kontrak dengan peniaga.
Guna Pihak Ketiga
Nuffnang, Innity dan pelbagai lagi. Mereka adalah pihak ketiga yang tolong uruskan iklan kita. Apa yang kita perlu buat adalah meletakkan satu kod khas. Kemudian iklan itu akan muncul mengikut kesesuaian.
Dari sudut harga iklan, kita tidak mempunyai sebarang hak untuk buat penetapan. Ia 100% bergantung pada selera pihak ketiga.
Ikat Kontrak Dengan Peniaga
Lebih lumayan. Namun cabarannya juga selaras dengan taraf lumayannya. Kita boleh berurusan terus dengan pihak peniaga untuk tawarkan ruangan iklan kepada mereka.
Biasanya menerusi kontrak premium, iaitu pengiklanan di ruangan tertentu sepertisidebar, header, content post dan pelbagai lagi berdasarkan jangka masa yang dipersetujui (sekitar 3 hingga 6 bulan).
POTENSI: Serendah RM10 dan setinggi-tinggi RM100,000. Malah potensinya lebih ghairah di pasaran antarabangsa. Kadar iklan biasanya bergantung pada kuantiti pelawat setiap hari atau bulan.
Mana Satu Pilihan Kalbu
Ketiga-tiga teknik ini berkesan. Pilih dan komited mengikut selera masing-masing. Lain orang, lain cara. Apa yang penting di sini adalah menjadikan blog kita sebagai satu aset.
Aset yang menjadi telaga duit. Sambil-sambil tulis, sambil-sambil seru duit.
Aqif Azizan Mahu Bantu Anda Buat Duit Menulis
Berminat untuk jadikan jari jemari dan papan kekunci laptop sebagai satu sumber pendapatan lumayan? Maka dapatkan 100% tip dan teknik penulisan PERCUMA di sini.
Aqif Azizan tulis khas untuk anda.


No comments:

Post a Comment