Thursday, February 21, 2013

Bab Yang Ketiga: Bagaimana Hendak Mencapai Maqam Wali (1)

Bab Yang Ketiga: Bagaimana Hendak Mencapai Maqam Wali (1)
Thursday, February 21, 2013

Ilmu tasauf bukanlah ilmu ikutan-ikutan lahir umpama ilmu nyariat atau ilmu tiori yang dipelajari untuk difaham saja. Kalau ihnu sains dan teknoloji itu suatu ilmu tajribah dan eksperimen ntaka ilmu tasauf adalah ilmu yang ertinya sama juga yang mesti dipraktik dan dicuba sendiri, kemudian hasil yang diperolehi dari pengalaman-pengalaman atau natijah itu hendaklah didedah dan diceritakan kepada guru untuk ditinjau dan ditarbiahkan (di-didikkan) seterusnya sehingga akan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Proses tarbiah nafsu dari amma-rah ke lawwa-mah dan seterusnya atau perkembangan kesucian nafsu dari peringkat rendah ke peringkat tinggi bukanlah suatu perkara yang senang untuk mencapainya. Hanya dengan keazaman yang kuat dan tenaga yang berani berjuang melawan godaan nafsu syaitan dan dengan bersungguh-su.ngguh kuat beribadat di bawah pimpinan guru mursyid sajalah suatu jalan terbuka untuk mencapai maqam wali. Ingatlah! bahawa sifat-sifat keruhanian dan budi kesusilaan sufiah yang terpuji tidak akan berhasil kecuali apabila tercapai peringkat kesucian maqam-maqam. Kesucian maqam-maqam itu mustahil terdapat jika tidak dengan berjihad dan beribadat dengan sungguh-sungguh hati.


Sebagai tanda yang mula-mula sekali yang menunjukkan ada harapan kejayaan ialah berolehnya “nur” atau “وارد - warid” di masa bermujahadah, bersuluk dan beribadat wirid zikir yang ditalqin (terima) dan guru itu.

Apabila seorang itu didatangi oleh nur tadi maka kekarutan hati yang kotor dengan sifat-sifat yang dicela akan terkikis secara otomatik, dihapuskan oleh nur atau warid itu. Manakala hatinya sedang di dalam keadaan suci yang demikian, menunggulah ia pula akan nasib kedatangan dzauk hakikat (syuhud) yang menjadi pokok pangkal wali seorang itu.

Berhubung dengan nur itu pula maka nur tidak akan berhasil kalau tidak ada amalan wirid yang ada persambungan wayar dengan tarikat sufiah yang disah oleh guru mursyid yang ariff serta kuat pula bermujahadah melawan godaan nafsu syaitan.

Warid Atau Nur Dari Allah

Setelah menjalani amalan wirid tarikat yang diajar (talqin) oleh guru tadi dan juga latihan-latihan jihad nafsu yang diatur oleh guru maka menunggulah murid itu akan kedatangan habuan nasibnya (nur - warid) iaitu suatu perkara kedatangan atau kedapatan dalam perasaan hati yang akan dicampak oleh Allah Taala kepada murid yang mengekali amalan wind tarikat guru itu.

Tibanya suatu perkara kedatangan dalam perasaan hati itu dinamakan “warid” atau “waridah - واردة” atau “nur” atau “hal” atau “sirr - سر” atau lain-lain nama yang diistilahkan oleh tasauf.

Kedatangan nur atau warid ke dalam hati murid itu bermacam-macam gaya pula? Kadang-kadang cepat-cepat, kadang-kadang lambat: memakan masa berbulan-bulan, bertahun-tahun berbelas tahun dan ada pula berpuluh-puluh tahun lamanya mengikut kadar habuan masing-masing.

Demikian pula kedatangan nur Ice dalam hati murid itu bukanlah tetap atau tinggal lama dalarn hati buat selama-lamanya, bahkan bagi seorang yang baru menjalani seloka, nur itu tiba-tiba saja, tiba-tiba hilang, datang kembali; kadang-kadang tinggal selama seminggu, kemudian ia pergi dan hilang, kemudian ia datang kembali. Begitulah tabiat dan halnya ada bermacam-macam fesyen, ada sebulan, ada setahun dan ada dalam sekelip mata. Ini selama murid itu belum sampai kepada martabat “al-maqam” atau “al-istiqamah” (tetap dan kejap).

Apakah Dia Nur dan Tanda-tandanya

Nur ialah suatu perkara rasa yang dicampak oleh Allah Taala ke dalam hati dengan sebab bersih hati dan berkekalan atas amal wirid yang ada hubungan wayar dengan tarikat guru, manakala wirid pula ialah amalan-amalan yang mengandungi zikir, salawat dan istighafar yang mesti diijazah dan ditalqin (diajar) oleh guru kepada murid sebagai tugas wajib harian atau malaman untuk diamal dalam masa-masa yang tertentu.

Adapun amalan-amalan wirid yang tak diterima ijazah atau talkin dari guru, umpama zikir-zikir atau amalan-amalan biasa dibuat kerana menuntut pahala akhirat maka ia tiada mendapat tempat untuk mendapatkan nur atau warid malah yang terdapat hanya pahala akhirat jua, kerana nur itu mempunyai hubungan usul salsilah dari Nabi SAW, kemudian diambil oleh sahabat, kemudian oleh tabiin, kemudian oleh tabiin at-tabiin kemudian oleh seterusnya hingga akhir dunia.

Berapa banyak ulama fuqaha’ yang kuat-kuat beribadat tetapi malangnya di hati mereka kosong dengan kesan-kesan warid atau nur yang kita bicara tadi iaitu warid seperti datangnya sifat takwa, khauf, zahid dan tawakkal dengan sebenar-benarnya. Mengapa? Jawabnya kerana ibadat mereka tidak ada persambungan wayar langsung dengan tarikat sufiah yang mendatangkan warid atau nur. Hendaklah kita faham bahawa ibadat fuqaha’ itu hanya untuk menuntut pahala akhirat jua bukan ibadat sebagai alat pembersih hati. Tetapi ibadat tarikat sufiah adalah sebagai alat pembersih hati, bukan kerana menuntut pahala akhirat. Jadi, zikir sama-sama berzikir bahkan terdapat satu macam sebutan, tetapi zikir tarikat lain tujuannya, dan zikir fuqaha’ lain pula matlamatnya bahkan ia tidak ada langsung persambungan wayar dengan tarikat sufiah.

Dan satu perkara yang harus difaham di sini ialah bahawa yang dimaksudkan dengan tarikat itu ialah perubahan hati atau proses perkembangan kesucian hati dalam masa menjalani latihan mujahadah dan ibadat zikir jua. Bukan sebagaimana tarikat yang disegera faham seperti mengadakan suatu bentuk istiadat menari-nari, mengiling-ngilingkan kepala dan mengayung-ngayungkan punggung di masa menjalani ibadat zikir. Ya! Itu memang suatu rekaan baru yang dibawa masuk dalam zikir tarikat. Dan dengan demikian makna terkenallah istiadat-istiadat umpama itu sebagai tarikat, pada hal makna tarikat yang sebenar ialah perjalanan hal hati, misalnya dahulu ia bersifat bakhil tetapi sekarang setelah ia masuk dalam tarikat maka bertukar sifatnya jadi seorang pemurah.

Apabila seorang murid dicampakkan Allah nur ke dalam hatinya maka dirasanyalah keadaan dirinya luarbiasa dari masa-masa yang sudah; hatinya rasa lapang, otak fikiran penuh memikir dengan perkara-perkara yang bersih (otak cerah), sihat jiwanya, berseri-seri cahaya muka melambangkan hati murni, lazat dan seronok berzikir kepada Allah, dirasa dirinya sebagai orang yang paling beruntung dan bertuah dalam kehidupannya dan dirasanya barang kedapatan hati itu tak mahu dijual sekalipun dengan harga emas sebesar dunia.

Apabila nur itu masuk ke dalam hati maka segala sifat-sifat hati yang buruk seperti tamak, hasad dengki, khianat dan sebagainya akan terkikis sendiri dan diganti dengan sifat-sifat budi yang baik seperti tawakkal, sabar dan sebagainya.

Nur atau warid yang dirasa dengan perasaan gembira dinamakan “al-bast - البسط” ditajallikan Allah kepada hamba-Nya dengan sifat jamil. Dan sebaliknya jika terdapat perasaan sedih atau kecut hati maka dinamakan warid “al-kabadh - القبض” ditajallikan Allah kepada hambaNya dengan sifat jalal.

Di sana ada bermacam-macam warid atau nur sebagai minuman orang-orang yang bersih hati (sufi). Kalau dikumpulkan warid-warid itu secara kasar maka terdapat ada sebanyak 99 macam sebagaimana nama Allah ada 99 nama (Asma’ al-Husna – أسماء الحسنى) tetapi di sana tiada terhingga banyaknya lagi.

Pendek kata, segala macam warid yang Allah campak rasanya dalam hati hamba yang wali yang ia kehendaki tak ubahlah seperti terdapat rasa pada jenis buah-buahan yang bermacam-macam rupa dengan bermacam-macam pula rasanya. Manggis dirasa begini sedapnya berlainan pula dirasa durian dan begitulah seterusnya, tak serupa antara satu sama lain.

Suatu Kaedah Yang Am

Suatu kaedah yang am iaitu apabila tercampak ke dalam hati satu-satu warid atau nur maka di waktu itu dirasanya dini sendiri terkikis dari segala sifat-sifat yang buruk iaitu tabiat-tabiat nafsu syaitaniah dan berganti pula dengan sifat-sifat bati yang terpuji (al-akhlak al-mahmudah – الأخلاق المحمودة) dalam waktu yang sama.

Suatu perhatian supaya tidak tersalah faham mengenai nur atau warid iaitu ia bukanlah seperti cahaya lampu suluh (lampu picit) bagaimana kita segera faham, tetapi nun itu maknanya ialah suatu kedapatan rasa di hati orang suluk dalam perjalanannya untuk mencapai makrifat pada Allah Taala.

Nur atau warid yang datang adalah sebagai hasil daripada rajin beribadat wirid yang ditalkin oleh guru. Kalau tidak ada wirid nescaya tiadalah warid (nur) sebagaimana tidak bernyala lampu basikal kalau tiada dipusing kepala dinamo basikal itu.

Demikian juga segala sifat budi (kerohanian) yang mulia dan tinggi yang dibicarakan dalam tasauf adalah hasil dari warid yang membersihkan hati, bukan hasil dari faktor-faktor pendidikan jasmani atau pengajaran lahir sejak kecil sebagaimana hasil pendidikan atau pelajaran yang diambil melalui sekolah-sekolah atau madrasah-madrasah agama, tetapi ia adalah hasil dari latihan-latihan ruhani (sekolah-sekolah tarikat).

Sumber:
Mustapha Mohamed Al-Jiasi, Mengenal Diri Dan Wali Allah. Pustakan Aman Press, Kota Bharu. Cetakan kesepuluh 1984.

No comments:

Post a Comment