Wednesday, February 27, 2013

Di Mana Nilai Tersembunyi?

Di Mana Nilai Tersembunyi?

Di sebalik kenaikan indeks, banyak saham turun sejak 2 tahun lepas

Dalam fasa pertama ketidakpastian pasaran akibat pilihan raya akan datang, ada satu segmen yang saya lihat menawarkan nilai tersembunyi, iaitu segmen small cap atau saham bermodal kecil, yang diwakili oleh indeks FBM Small Cap.

Walaupun dinamakan small cap,  tidak semestinya saham tersebut bermodal kecil, ada juga yang bermodal sederhana. Ini kerana indeks small cap meliputi semua saham di luar FBM 100 (100 saham bermodal terbesar), tetapi tidak termasuk saham yang paling kecil yang diwakili oleh FBM Fledgling.

Jika kita lihat carta berikut yang memaparkan pergerakan FBM KLCI dalam tempoh 5 tahun lepas, kita akan dapati bahawa Indeks FBM Small Cap telah merosot dalam tempoh dua tahun lepas.

Bursastation
 
Dari paras tertinggi 13500 pada Januari 2011, indeks in telah jatuh kepada lebih kurang 11400 sejak seminggu lepas, yang bersamaan penurunan lebih 15%.
 
Tidak dinafikan bahawa ketidakpastian akibat pilihanraya mungkin berlarutan sehingga Mei atau Jun, dan jika pasaran jatuh lagi, dijangka lebih banyak  sahamundervalued boleh ditemui di kalangan ekuiti dalam kumpulan ini.
 
Buat masa ini, saham besar dan terkenal diperdagangkan pada tahap P/E hampir mencecah 20 atau lebih. Dengan penyelidikan yang teliti, kita boleh menemui banyak juga saham small cap yang diperdagangkan di bawah P/E 10, tetapi memberikan dividen yield lebih daripada 4%.
 
Dalam tempoh beberapa minggu akan datang saya akan tinjau empat atau lima syarikat yang mungkin kurang diberi perhatian tetapi diperdagangkan pada harga yang berpatutan.

Kebanyakan firma penganalisis hanya memberi tumpuan kepada saham tertentu sahaja. Ada banyak saham yang tidak mendapat liputan daripada mana-mana pihak.  

Penganalisis dan pelabur institusi hanya akan mula memberi perhatian apabila syarikat mencatat prestasi yang baik tahun demi tahun. Apabila saham mula mendapat perhatian, maka rerating akan berlaku di mana saham diperdagangkan pada nisbah P/E yang lebih tinggi, menyebabkan kenaikan harga. Kenaikan ini adalah selain daripada peningkatan harga akibat kenaikan untung yang dicapai.

Mencari saham berkualiti yang kurang mendapat perhatian atau tertekan harganya dalam keadaan semasa ialah satu daripada cara untuk mencari keuntungan jangka panjang lumayan dalam pasaran saham.
 

No comments:

Post a Comment